Want your
own Fotopage?






 
Setiap gambar pasti ada ceritanya.....

By: doubleu kayes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 1-Mar-2008 16:26 Email | Share | | Bookmark
www.doubleukayes.com kepada www.wksphoto.net

Assalamualaikum....

Sudah lama saya tidak kesini lagi sejak saya menggunakan web blog lain untuk website saya....Sebenarnya tiada apa yang ingin di sampaikan ...Cuma ingin memberitahu kawan2 yang mana selalu melawat ke web saya menggunakan www.doubleukayes.com kini telah di re-brandingkan semula kepada nama domain yang baru iaitu http://www.wksphoto.net

Ini kerana saya menerima beberapa komen dari rakan yang mengatakan domain nama yang sebelum ini agak susah untuk di ingat dan di eja....Setelah memikirkannya saya dengan ini telah mengambil keputusan untuk menukarkan kepada nama yang baru serta senang di ingat dan di eja .....

Untuk perhatian semua domain lama masih lagi wujud tetapi akan di bawa terus kepada fotopages nie........Manakala domain baru sahaja yang akan di link kepada website saya sekarang.......

Apapun sekali lagi terima kasih kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan dan melawat di sini......

WKS....

http://www.wksphoto.net


Friday, 23-Nov-2007 03:42 Email | Share | | Bookmark
New Web Now Update

Assalamulaikum....

Kali nie saya dah tukar dari fotopages kepada new webblog...
Di harap kawan2 sudi melawat dan memberi serba sedikit komen untuk kebaikkan...
Nie alamat web baru saya....Tapi kebanyakkan gambar2 lama yang dah ada di fotopages nie...

http://www.doubleukayes.com

Wassalam

Doubleukayes 2007


Sunday, 18-Nov-2007 03:34 Email | Share | | Bookmark
Photo Frame Kat Umah Saya....

Photo Frame 1
Photo Frame 2
Photo Frame 3
Assalamualaikum....

Nampaknya sudah agak lama saya tak update saya punya fotopages......Sorry lah kawan2 semua....Lepas raya nie kerja berlambak2 ler plak...Hingga tak sempat nak bukak fotopages di samping melawat fotopages rakan2 lain.......Maafkan saya sekali lagi...

Hari nie saya nak tunjukkan gambar2 yang saya framekan dalam photo frame.....Selalunya apabila saya ambil gambar saya akan mencucinya untuk disimpan sebagai hardcopy samada di framekan ataupun di letak di dalam album.......Cuci plak tengok pada budget....Ada masa saya cuci di kedai gambar dan ada masa saya hanya print mengunnakan printer inkjet ......

Bagaimana pula dengan kawan2 semua......Adakah kawan2 juga melakukan perkara yang sama atau hanya di simpan di dalam bentuk softcopy digital didalam komputer.......Kalau hanya disimpan sahaja di dalam komputer apakata sekarang kita mula print or cuci gambar2 yang kita rakamkan dan simpan dalam bentuk hardcopy samada di framekan atau di albumkan....Sayang jika kita hanya setakat menyimpan didalam bentuk softcopy.....Kerana itu adalah rakaman dan hasil kita sendiri ....Tidak kisah lah samada cantik atau tidak...apa yang penting ianya adalah dari sentuhan tangan sendiri.......Kerana output dalam bentuk hardcopy bagi saya lebih memberi kepuasan daripada output di dalam softcopy......Oleh itu jom kita mulakan mencuci dan print....





Wassalam....Jumpa lagi....

Doubleukayes @ 2007
Email : doubleukayes@yahoo.com
YM : doubleukayes
Web : www.doubleukayes.com
Phone : Sila Email Untuk Mendapatkannya
Web Ainin Sofia : http://aininsofia.fotopages.com



Friday, 26-Oct-2007 14:45 Email | Share | | Bookmark
Tak tahu nak letak gambar apa....

Lady Bird
Awan
Assalamualaikum....

Terlebih dahulu Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung dan pelawat fotopages saya ...Juga tidak lupa kepada rakan2 semua......Terima kasih saya ucapkan diatas sokongan anda semua selama ini terhadap saya....

Sebenarnya saya tiada apa untuk dipaparkan kali nie.......Jadi untuk permulaan selepas berpuasa dan berhari raya nie saya letakkan lah dulu gambar tak seberapa sebagai salah satu tujuan untuk mengemaskini fotopages yang agak lama juga saya tinggalkan .....

Insyallah saya akan update gambar2 suasana hari raya dan gambar2 yang terbaru nanti.....

Di bawah 2 keping gambar yang saya paparkan untuk tujuan mengemaskini fotopages ini.....Gambar2 lama jer.....





Salam Hormat dan terima kasih dari saya.....Jumpa lagi kita di lain masa....Insyallah......
Wassalam

doubleukayes @ 2007
www.doubleukayes.com
doubleukayes@yahoo.com
http://aininsofia.fotopages.com (web anak)


Wednesday, 3-Oct-2007 14:04 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri 2007

Salam Aidilfitri 2007
Assalamualaikum wbt.

Sorry lah kekawan semua kerana dah lama tak update dengan gambar2 terbaru..So far sempena bulan puasa nie kamera saya pun berposer sama...So tak der laa gambar di ambil buat masa nie....

Oklah...Tak nak celoteh bebanyak....Di bulan baik dan hari baik nie saya nak amik kesempatan kepada rakan2, kawan2, sahabat2 dan pelawat2 fotopages saya nie untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" dari saya doubleukayes (wks) dan keluarga ...Segala tersalah kata tersalah tunjuk gambar dan bermacam2 lagi kesalahan yang mungkin pernah saya buat secara sengaja atau tidak dapatlah di maafkan dan di ampunkan......

Kepada yang mana balik kampung dan drive kereta berhati2 lah di jalanraya....Semoga perjalanan anda untuk bertemu keluarga tercinta akan lebih bermakna .......

Juga jemputlah ke rumah saya di hari raya nanti......Saya tahun nie beraya di Johor Bahru...

Akhir kata sekali lagi ingin saya ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin"



Wassalam

Doubleukayes @ 2007
Email : doubleukayes@yahoo.com
YM : doubleukayes
Web : www.doubleukayes.com
Web Ainin : http://aininsofia.fotopages.com
Tel: Sila Email Untuk Mendapatkannya.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net