|
|
| Monday, 18-Jun-2007 13:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cerucuk Batu(Pile) Depan Pantai Lido....
|
|
Assalamualaikum ....
Hari tak de apa nak di paparkan dan di ceritakan...Hanya gambar2 yang lama yang di uploadkan...Masih lagi belum ada xtvt atau gambar baru di rakamkan....Gambar pun ntah apa apa ....Gambar nie di ambik di hadapan pantai lido berhadapan dengan singapura.Gambar cerucuk batu/pile yang di tanam ke dalam laut untuk di buat projek pembagunan tetapi terbengkalai dan terbiar begitu sahaja.....Tiada human subject dalam gambar kali ini..More pada pattern....Hehehe....Selamat melihat dan mengkritik kawan2 semua....
Gambar bawah nie saja nak selitkan jer...tak der kena mengena ngan gambar di atas tuh...Keh keh keh....
Jumpa lagi kita di lain entry....Wassalam
DOUBLEUKAYES 2007
YM : doubleukayes
EMAIL : doubleukayes@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Jun-2007 13:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pantai Penarik, Setiu, Terengganu
|
 |
|
Penarik Beach
|
|
|
Assalamualaikum....
Kalau entry sebelum nie saya memaparkan gambar perkahwinan yang sememangnya bukan kegemaran dan favorite saya, maka kali ini saya kembali memaparkan gambar yang saya amik ketika saya bercuti iaitu gambar di pantai.
Seperti tajuk di atas pantai ini terletak daerah Setiu Terengganu iaitu kira2 lebih kurang 60KM dari pada bandar Kuala Terengganu...Manakala daripada Kota Bharu pula lebih kurang 80KM...Di sekitar pantai ini kebanyakkan penduduk nya adalah terdiri daripada penduduk yang kebanyakkan nya bekerja sebagai nelayan....Kebiruan air laut, keputihan pasir pantai, kenyamanan udaranya serta kebersihannya lah yang menjadi daya tarikkan kepada pelawat2 yang datang berkelah serta bersantai disini...
Tidak rugi rasanya jika anda sendiri datang atau bersantai ke sini di samping membawa keluarga atau rakan2....
Okay lah...Bukan tujuan sebenar saya nak berceloteh panjang pasal cerita tentang pantai ni ....Lagipun gambar yang saya paparkan ini kebanyakkan lebih kepada gambar family saya yang datang berehat bersama anak2 sambil mandi manda di pantai ni sempena cuti sekolah...So gambar banyak pada gambar anak2 yang mandi sahaja di pantai....Selamat melihat
Wassalam.....
Doubleukayes
2007
doubleukayes@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Jun-2007 14:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Resepsi Farhan & Liana
|
|
Assalamualaikum,
Sudah hampir seminggu lebih fotopages saya ini tidak ber update....Semuanya kerana kesibukkan dan urusan family di kampung di tambah pula dengan cuti yang panjang di ambil oleh saya.....
Kali ini saya ingin menunjukkan gambar perkahwinan/resepsi En Farhan & Puan Liana (guna En. dan Puan sebab dah kahwin..hehehehhe)....
Sebenarnya bukanlah bidang saya dalam mengambil gambar perkahwinan, pernikahan atau persandingan ....Juga bukanlah minat saya dalam merakamkan gambar perkahwinan.....Tetapi di atas permintaan rakan saya atau otai yang saya hormati maka saya mengambil peluang yang di beri untuk melaksanakan tugas nie sebaik yang mungkin walaupun terlalu muda dan lemah serta banyak lagi yang perlu diperbaiki....Di samping itu saya juga dapat belajar bagaimana untuk membuat wedding photography setelah membuat dan melakukannya sendiri serta mendapat sedikit pengalaman....Bukanlah saya tidak pernah ada pengalaman langsung, pernah ada iaitu kira2 hampir 2 thn yang lepas tapi hanya seketika/sementara sahaja ....Kerana kurang minat saya meninggalkanya dan tidak mendalaminya langsung....Itulah bila kena buat assignment abis berterabur semua setting2, fokus2 dan angle2. ...Keh keh keh.....
Jika di ikutkan minat saya adalah lebih kepada streetshoot, landscape, human interest and natural habit...Walaupun begitu saya akui yang didalam bidang photography wedding nie banyak dan pelbagai yang kita boleh dapat jika di terokai dan didalami seperti macro or close up, angle, setting, flash technic/setting, pencahayaan, composition dan sebagainya...Selain itu duit/wang juga dapat di buat jika kita pandai dan penuh perhatian serta komitmen dalam melaksanakan ......Ramai yang saya lihat diantara photographer yang berjaya di dalam bidang photography wedding ini dan mempunyai nama dan saya cukup menghargai serta mengaguminya kerana kesungguhan dan ketekunan mereka serta hasil2 mereka..Malah ada yang full time dalam bidang nie......Taniah....
Oleh kerana minat terhadap photography wedding ini tidaklah seperti minat terhadap bidang photography lain maka hasilnya tidaklah seperti di hendaki oleh otai saya dan boleh di katakan tidak menepati apa yang beliau hendaki .....Banyak gambar settingnya tak betul, anglenya tak bagus, setting flashnya salah dan sebagainya...Ini menyebabkan gambar ada kekurangan dan kelemahan....tapi apapun saya tetap berbangga kerana berjaya melakukan seorang diri tanpa ada guide/assistance/sifoo/guru di sebelah semasa saya melakukan pengambaran .... ....
Sedikit enhancement/olahan digital/editing telah di lakukan kepada gambar2 nie menggunakan Photoshop untuk menaikkan seri serta memberi perencah kepada gambar2 nie...Tetapi gambar yang di olah ini tidak diolah secara soft effect kerana bukanlah minat saya ....Lagipun saya sudah jemu melihat gambar2 kahwin di edit secara soft seperti mimpi.....So sorry....
Kepada Farhan dan Liana saya di sini mengucapkan "Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat" insyallah......terima kasih juga di atas kerjasama serta layanan yang korang berdua berikan .....Siap kasi makan lagi sebelum balik dan ole2.....Juga tak letih melayan arahan2 yang saya berikan....Juga harap di maafkan jika ada kekurangan serta kelemahan di dalam sessi mengambil gambar dengan saya ....Segala kekurangan dan kelemahan adalah dari saya ....Dan yang sebaiknya adalah dari Allah SWT....Insyallah...
Akhir sekali, selamat melihat dan menonton sedikit gambar dari lensa kamera saya untuk tatapan...Segala kritikan, komen serta kutukan amatlah di alukan dan di hargai......Terima kasih terlebih dahulu dari saya kepada anda semua yang tak pernah jemu melawat dan meninggalkan komen di sini serta memberi pendapat dan idea dalam memantapkan ilmu photography saya....
Wassalam
Doubleukayes @ 2007
All right reserved and copyright to doubleukayes photography.
Outdoor Photo
Majlis Photo
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-May-2007 01:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sehari Di Jeti Nelayan.....
|
 |
|
Di Jeti
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua? Di harap kawan2 semua dalam keadaaan sihat sejahtera semuanya...Insyallah...Terlebih dahulu saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada kawan2 semua kerana sudi bertandang dan melihat serta meninggalkan komen2 di fotopages ini....
Kali ini gambar yang saya amik adalah di sebuah jeti nelayan yang terletak di Sg. Rengit, Kota Tinggi, Johor....Biarlah saya ceritakan serba sedikit mengenai tempat ini supaya anda tidak tertanya2 di manakah ia...Mungkin juga ada diantara anda yang tidak pernah mengetahuinya....
Ok ...Tempat nie terletak di Selatan Semenanjung Malaysia Bahagian Timur, kalau ikut peta ianya terletak di hujung semenanjung malaysia...Kalau di sebelah barat ialah Pontian tetapi tempat ini terletak di sebelah timur semenanjung selatan....Jaraknya dari Bandaraya Johor Bharu adalah dalam lingkungan 140km iaitu 2 jam perjalanan manakala dari Bandar Kota Tinggi pula jaraknya adalah 74km iaitu 1 jam perjalanan......
Pekan nya tidak besar....Hanya sebuah pekan kecil atau lebih di kenali bandar cowboy...Purata pendapatan/ekonomi penduduk di sini adalah daripada hasil tangkapan ikan dan kegiatan nelayan....Majoriti penduduk disini pula terdiri daripada kaum Cina....Selain itu bandar ini juga terkenal dengan hasil udang kara atau dalam bahasa Inggeris Lobster...Mercu tanda Udang Kara juga ada di letakkan di tengah Pekan ini sebagai tanda kepada pelawat yang melawat di sini...
Boleh di katanya setiap hujung minggu pasti ada yang datang bersama rombongan melawat ke pekan ini terutamanya dari negara jiran iaitu Singapura untuk menikmati hidangan makanan laut yang sememangnya cukup dikenali oleh mereka.....Selain itu xtvt riadah juga seperti berbasikal juga turut di lakukan oleh pelancong yang datang kesini....Mungkin di sebabkan cuaca dan udara yang segar dan kesibukkan jalanraya yang tenang dan kurang.....
Selain itu pekan ini juga di kelilingi oleh laut yang bersih dan cantik ......Amat sesuai untuk menghirup udara yang segar serta mencari ketenangan kepada mereka yang sentiasa sibuk dan selalu terhimpit dengan kesibukkan bandaraya....
Di sini saya bukan menujukkan keseluruhan pekan ini...Hanya gambar2 yang saya rakamkan di Jeti sahaja......Melalui gambar ini mungkin saya dapat berkongsi dan menujukkan kepada anda bagaimana keadaan nya di sana serba sedikit supaya dapat anda membayangkan...Tetapi untuk melihatnya dengan lebih baik mungkin anda datang melawatnya sendiri....
Dibuat sempena Tahun Melawat Malaysia 2007
Wassalam...

 

 

 
Doubleukayes Photography.
2007
P/S: Maaf kalau gambar banyak sangat dan lambat upload....Harap bersabar dan selamat melihat dan mengkritik......
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-May-2007 00:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perbarisan PDRM
|
 |
|
Perbarisan PDRM
|
|
|
Assalamualaikum
Sabtu minggu lepas (12 May 2007) selepas menghantar isteri saya untuk menduduki peperiksaan IELTS saya singgah sebentar ke Danga Bay, Johor Bharu.....Ketika saya berjalan2 di sana terlihat ada satu sambutan sedang berlangsung iaitu Sambutan Hari Polis Sedunia Peringkat Negeri Johor....Sambil membawa kamera saya pun terus kesana.....Setibanya di sana terlihat pasukan PDRM nie sedang melakukan perbarisan .....
Pada mulanya saya hanya melihat sahaja dari jauh tanpa berbuat apa2 ....Tapi apabila menyedari di tangan saya ada kamera maka saya memberanikan diri untuk cover perbarisan polis ni.....First apa yang saya buat saya meminta kebenaran daripada pihak pengajur(Polis) terlebih dahulu untuk merakamkan perbarisan mereka....Alhamdulillah mereka membenarkan saya untuk merakamkannya.......Kenapa saya meminta kebenaran sedangkan amik dari jauh pun boleh....Ini kerana untuk memudahkan pergerakan saya merakamkan gambar2 mereka tanpa di halang.....Kadang2 perbuatan kita merakamkan gambar org tanpa kebenaran boleh menyebabkan masalah dan kemarahan......
Di bawah ini adalah sedikit hasil daripada rakaman gambar saya yang dapat saya persembahkan.....Lens yang saya gunakan pula hanyalah 18-200mm sahaja......Dan setting yang saya gunakan ialah pelbagai mengikut gambar yang hendak di ambil......Sedikit minor enhancement seperti menaikkan saturation telah di lakukan untuk gambar nie....
Segala kritikan dan komen serta cadangan dari anda amatlah di alukan di hargai....Di dahulukan dengan ucapan terima kasih dan wassalam....
Doubleukayes......
 

 

|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-May-2007 09:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bermain Dengan Cahaya - Light Trail
|
 |
|
Light Trail
|
|
|
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Malam sabtu, hari jumaat hari tuh saya telefon kawan saya ajak kuar amik gambar (Credit to ABEJA)....Ni semua kerana dah lama tak tekan shutter dan tengok gambar baru....Jadi nak lepaskan gian amiklah gambar malam tuh.....Hehheeehe
So dalam jam 1000 camtuh saya mencari lokasi untuk mengambil gambar....Sebenarnya untuk ambil gambar nie, saya telah pun merancangnya...Cuma semalam baru lah ada kesempatan nak kuar amik .......
Kat sini saya kongsikan apa yang saya buat untuk amik gambar nie step by step....
1. Periksa kamera anda dahulu, samada cukup semuanya termasuklah bateri.
2. Kemudian pasangkan tripod jika ada, kalau tak der cari ler alas untuk support camera.
3. Periksa setting camera anda sebelum anda bermula.
4. Setting yang saya gunakan kat sini ialah ISO 100-200, F22, Manual Setting, BULB Mode (Selalu time yang saya tekan antara 6-12second) Perhatian : Kalau tak der release cable, tukarkan setting Bulb kepada biasa , letakkan shutter speed pada 6 - 12 sec. Sebabnya kalau anda gunakan bulb tanpa release cable, camera akan bergegar dan menyebabkan gambar jadi blur. Satu lagi jika guna biasa (shutter) setkan mode shot pada self timer ....Nie kerana kita nak elakkan gegaran lepas kita release shuter...
5. tunggu lah gambar anda di proses dan lihatlah hasilnya.
Itu lah cerita dari sayahari nie....Hope anda faham apa yang saya tulis....Kalau tak faham buat2 faham ler yerk....Keh keh keh ....
Wassalam ...
P/S : Untuk pengetahuan, color gambar telah di olah....Sesaja suka.....


Ni plak gambar dalam keadaan biasa .....

|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-May-2007 14:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Car - Toyota Vios
|
 |
|
My Car
|
|
|
Assalamualaikum...
Agak lama juga rasanya saya sudah tidak update fotopages nie..Disebabkan kesibukkan, jadi masa untuk saya mengupdatekan fotopages nie sudah berkurang.....Ramai juga antara kawan2 samada yang kenal secara realiti atau maya yang bertanya mengenai fotopages saya nie samaada melalui email, pm dan ym.....Maafkan saya kerana tidak sempat untuk mengupdatenya....
Kali nie saya tidak ada hasil yang menarik untuk di tunjukkan ....Sekadar mengambil gambar salah sebuah daripada kereta saya sahaja untuk di pertontonkan dan untuk di kritik, dikomen atau di kutuk jika ada mana2 yang di rasakan tidak kena.....Kerana dengan kritikan anda semua maka tahulah saya dimana kelemahan saya......Untuk makluman gambar nie di ambil tanpa perancangan....Masa nie kereta ada kat depan rumah kg dan tangan plak tengah pegang kamera(Nak shoot lain sebenarnya)....Shoot jer lah tanpa perancangan betul2 ....So gambar ada banyak tak kenalah rasanya dari segi angle dan juga distraction pada background.....Maklumlah saya nie budak baru belajar dan tengah belajar.......Harap anda semua dapat memberi tunjuk ajar....Insyallah.....
Di dahulukan dengan ucapan terima kasih dan salam dari saya.....Insyallah jika masa mengizinkan saya akan kembali dengan hasil2 yang terbaru dan melakukan xtvt fotografi dan di kongsikan dengan anda semua.....
Wassalam....


|
|
|
|
|
|
| Saturday, 21-Apr-2007 00:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berjalan Di Zoo, Johor
|
|
Assalamualaikum...
Hari nie tiada gambar terbaru dapat saya uploadkan....Gambar nie adalah gambar yang saya amik pada tahun lepas di Zoo, Johor....Sebelum nie rasanya ada sekeping dua telah saya uploadkan ...Tapi kali nie saya upload banyak sikit dan gambar lain dari yang lepas tetapi di tempat yang sama dan waktu yang sama....Di harap anda sudi melihatnya dan sudi memberi komen dan kritikan mengenai gambar saya ....Di dahulukan dengan ucapan terima kasih .....
Wassalam....

 

|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Apr-2007 04:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pantai Batu Pasir, Pasir Gudang
|
 |
|
Di Pantai Batu Pasir
|
|
|
Assalamulaikum ,
Ahad 8 April 2007 - 5:30 ptg, Saya pergi berjalan2 ke Pantai Batu Pasir, Pasir Gudang yang terletak di Tanjung Langsat bersama seorang rakan menaiki sebuah kereta..Jaraknya dari Johor Bharu ialah lebih kurang 30km dan dari Bandar Pasir Gudang, Johor ialah sejauh 10km... Tujuan saya kesana bukanlah untuk berkelah tetapi sesaja amik angin sambil2 mencari object untuk di abadikan di dalam gambar...Perjalanan ini juga sebenarnya tidaklah di rancang sama sekali dan itulah pertama kali kami sampai ke situ....
Pantainya tidaklah sebesar mana ....Hanya sekakang kera sahaja...Tetapi org yang datang ke situ tidak kurang juga ramainya....Mungkin satu2nya pantai yang terdapat di Pasir Gudang untuk mereka berehat sambil membawa anak2 dan keluarga....Apa yang kami lihat di situ, ada yang datang membawa makanan untuk berkelah, ada pasangan yang berasmara dana dan ada anak2 yang mandi di laut .....Tetapi bagi pendapat saya yang melihatnya ..Pantai itu tidaklah sebersih mana kerana mungkin telah dicemari oleh tumpahan minyak dan sampah dari kapal yang melalui laut selat tebrau....Dari pantai itu juga kita dapat melihat singapura.....
Di sini saya paparkan sedikit gambar yang sempat saya rakamkan untuk di kongsi bersama2 anda yang sudi datang bertandang ke fotopages saya....Segala kritikan dan komen dari anda semua amatlah di hargai dan di sanjungi...Setiap kelemahan didalam memapar dan menghasilkan sesebuah gambar datang nya dari kelemahan saya sendiri....Ini kerana saya adalah budak baru belajar dan sedang belajar dalam bidang photography....terima kasih terlebih dahulu dengan kesudian anda meniggalkan komen serta memberi pendapat dan cadangan yang membina kepada saya.....
Wassalam

 


|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Apr-2007 05:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar2 Pemandangan....
|
 |
|
Pemandangan
|
|
|
Assalamualaikum,
Terima kasih terlebih dahulu kepada semua yang sudi melawat, melihat serta meninggalkan komen2 di fotopages saya sebelum nie....Komen2 dari anda semua amatlah saya hargai.....
Hari ni tiada gambar terbaru yang dapat saya uploadkan ...Hanya gambar2 lama yang ada didalam Hard Disk saya ....
Gambar2 yang saya paparkan ini adalah gambar2 pemandangan yang pernah saya ambil....Untuk mengambil gambar sebegini tidak lah semudah yang di sangka tetapi tidaklah sesusah yang di lihat....Kesabaran dan ketekunan adalah penting dalam mengambil setiap gambar tidak kira apa jua gambar yang di ambil....Untuk mengambil gambar2 landscape kita perlulah mencari lokasi yang sesuai dan juga waktu yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang terbaik....Mungkin gambar yang saya paparkan ini bukanlah yang terbaik....Org cakap sekadar tangkap muat jer.....
Apapun komen2 membina dari anda dalam memperbaiki setiap kelemahan yang saya lakukan amatlah di alukan dan di hargai ...terima kasih terlebih dahulu dari saya kepada anda semua.....Sila tunjuk ajarku sifoo2 semua.....
Wassalam...



|
|
|
|