Want your
own Fotopage?






 
Setiap gambar pasti ada ceritanya.....

By: doubleu kayes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Friday, 30-Mar-2007 00:02 Email | Share | | Bookmark
Street Scene Episode 2 (Color)

Abstract
Assalamualaikum.....

First of all, terima kasih kerana melawat dan menziarahi fotopages saya yang tidak seberapa ini serta sudi meninggalkan komen2 di sini..

Seperti janji saya pada gambar street scene bnw iaitu memaparkan episod kedua dalam color....Saya tunaikan di sini.....Di harap anda semua dapat menatapnya serta sekali lagi sudi meninggalkan komen.....

Banyak juga pertanyaan-pertanyaan yang saya terima di dalam komen anda pada gambar sebelum nie....Mungkin di sini saya dapat sedikit sebanyak berkongsi dengan anda apa yang boleh saya jawab....Mengenai gambar street scene/shooting nie sebenarnya tidaklah sesusah yang anda sangka dan fikirkan...tetapi tidak juga semudah yang di lihat .......Ianya memerlukan kesabaran dan kepekaan anda untuk menghadapi serta mengambil gambar dalam situasi niee...Apa yang saya dan rakan saya buat sebelum memulakan rakaman gambar nie ialah planning atau perancangan...Saya memastikan dahulu keadaan di tempat ini serta mengkaji apa yang perlu dan tidak perlu.....Kita perlulah mengenal pasti keadaan sekeliling terlebih dahulu seperti apakah yang ada, bangunan dia macamner, org2 yang selalu berada di kawasan nie, tempat boleh dan tak boleh amik gambar dan sebagainya....

Selain itu, sebelum saya memulakan perjalanan untuk amik gambar...Saya dan rakan saya berbincang dahulu di kedai kopi....Berbincang seperti apa yang telah di rancang, apa yang perlu di mulakan dahulu serta setting2 yang perlu di gunakan untuk mengambil gambar dalam suasana yang berbeza secara asasnya sahaja....

Setelah hampir 30 minit berbicang, kami memulakan perjalanan dengan bergerak ke tempat pertama iaitu kekedai roti Salahuddin yang agak antik bagi saya....Di sini kami meminta izin dari tuan kedai untuk mengambil gambar kedai serta suasana kedai tersebut.....Alhamdulillah tuan nya mengizinkan dan membenarkan kami membuat pengambaran sehinggalah ke bahagian dapur kedai iaitu tempat dimana roti di buat dan di bakar.....

Seterusnya kami ke tempat2 dan mencari subject2 seperti yang telah di rancang....Ada juga di antara nya yang kami cuba amik tapi tidak mendapat kebenaran ......Tetapi kami tidak mengalah dan kami beralih ke tempat lain dan meneruskan pengambaran...

Pengambaran yang di lakukan ini bermula pada pukul 3.00ptg dan berakhir pada pukul 7.00 mlam.....Lens2 yang saya gunakan dalam pengambaran ini hanya 18-200mm F3.5-F6.3 dan 70-200mm F2.8 sahaja......Walaupun badan penat dan letih tapi pengalaman serta kepuasan merakamkan scene ini berbaloi dan terbalas.....

Untuk member2 yang melawat ...Saya bukanlah seorang pro, otai atau sebagainya...Saya still dalam process pembelajaran dan mempelajari ...Kerana banyak lagi yang saya tidak tahu berbanding anda semua......Anggaplah sahaja saya seorang yang masih baru dalam dunia ini dan insyallah sedikit sebanyak yang saya tahu saya akan kongsikan untuk kebaikan kita bersama.....Mana saya tak tahu maybe tak jawab laa..Hehehhehe..

Sekian dahulu coretan saya untuk kali ini...Semoga anda yang melawatnya suka dengan gambar2 yang di ambil dan sudi meninggalkan sedikit komen dalam membetulkan kelemahan2 yang saya hadapi....Maafkan saya kiranya gambar ini kurang memuaskan sesiapa yang melihatnya ...Kerana segala kelemahan dan kekurangan adalah dari saya yang masih baru dan masih mempelajarinya....

Wassalam.....







great photojournalism dude! awesome..i like it!
thanx for stopping by
Sat 14-Apr-2007 10:59
Posted by:niffnaf  - [Link]
wow!! tak puas nengoknye.. cantik sungguh! Tue 15-May-2007 15:43
Posted by:macr  - [Link]
makasih.da dpt Tue 19-Jun-2007 10:50
Posted by:kitab cinta terindah  - [Link]
View all 54 comments


Sunday, 25-Mar-2007 06:50 Email | Share | | Bookmark
Street Scene At JB In B&W

Street Scene
Assalamualaikum...

Kali ini saya letak gambar terbaru yang saya amik pada 24/3/2007 (Sabtu) untuk tatapan anda....Akhirnya saya kembali menggunakan camera saya setelah hampir 3 minggu tidak menggunakannya..

Gambar nie diambil ketika saya dan rakan saya membuat xtvt street shooting....Sebenarnya dah lama tak membuatnya...Kerana ajakan rakan saya yang ingin belajar dan mencuba, saya kembali melakukan xtvt ini...Antara salah satu xtvt kegemaran saya merakamkan tingkah laku manusia, keindahan bagunan dan keadaan sekeliling ialah street shooting......Dengan melakukan ini saya dapat melihat dan berkongsi dengan anda melalui gambar yang saya rakamkan....Rasanya tidak perlulah saya bercerita tentang gambar yang saya rakamkan ini kerana melaluinya sudah pasti anda dapat tahu apa ceritanya.....

Gambar ini telah di process kedalam black n white untuk memberikan mood yang lebih mendalam lagi kepada anda dan sesiapa melihatnya berbanding dalam keadaan berwarna.....Inilah adalah episod pertama rakaman saya...Insyallah untuk episod kedua saya akan menunjukkan didalam gambar berwarna.....Coming soon....

Sekian dahulu celoteh dari saya....Di harap anda semua dapat menghayatinya dan jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan harap di maafkan ....Teguran anda dalam memperbaiki kelemahan saya amatlah di alukan dan di hargai .....Terima kasih terlebih dahulu dari saya yang masih baru dalam dunia ini .....Segala kelemahan dan kekurangan adalah dari saya.....

Cheers...!








like the highpass efek ...tak ramai yang buat... Tue 3-Apr-2007 19:00
Posted by:romantis-studio romantis@streamyx.com  - [Link]
terujeeee.. Thu 5-Apr-2007 06:38
Posted by:miSs_ai
akku kehilangan vocab untuk describe gambar ni...cuma satu yang tertinggal. SUPERB. Sun 22-Apr-2007 20:11
Posted by:anjang ibnuzaki@yahoo.com  - [Link]
View all 54 comments


Friday, 23-Mar-2007 12:50 Email | Share | | Bookmark
Gambar Makanan Yang Aku Nak Makan Lepas tu...

Limau
Assalamualaikum....

Sekali lagi pic yang ada dalam simpanan....Sorry lah kawan2 sebab tak sempat nak amik gambar lagi ...Sibuk sikit dengan kerja2 yang lebih penting 2-3 menjak nie....Itu yang kurang amik gambar nie.....Tapi nasib ada stok2 lama yang leh di tunjukkan .....

Gambar nie amik suka2 jer .....Bukan nak wat comercial shoot pun....Sebab masa amik nie tak banyak makanan ada .....Yang ada buah kurma makan buka puasa, kuih apa ntah (sapa tahu beritahulah yer) dan limau yang dah lama teperap dalam peti...Hehehehhehee...

Gambar ni di ambil dengan belatar belakangkan warna putih....Sebenarnya ni bukan dalam white studio yerkk...Nie cuma di ambil atas kertas A4 .....Pastu pasal lighting, saya guna kan flash simbah tepat ke subject.....Penggunaan aperature plak saya gunakan F22 pada ISO 200....Kenapa saya gunakan f22....Sebab saya nak gambar nie sharp dan nampak semua.....So gunakan pada aperature F22 ......Timing plak masa nie pada 1/5 sec,,,,,,oleh kerana tangan saya bukanlah IS or VR ....Maka saya gunakan remote dan tripod....Lagi satu saya guna reflector untuk mengurangkan shadow....

Apapun gambar nie just main2 snap jer .....Sebab tu subject tak menarik dan susunan tak best...dan masa tu pun makanan tu jer ada.....tapi lepas snap terus abis...Heheheh...Kesian saya kan...Sebab makan itu jer....Hehehhee.....Sapa2 yang baik hati berilah saya makanan....

Ok lah tak nak mengarut lagi......Komen lah yerk apa2 yang patut untuk saya perbaiki kelemahan saya.....Insyallah ...Kita sama2 belajar ok.....




Quote:
Sorrylah kalau tengok susunan gambar dalam fp ni nampak pelik..Sebab background gambar nie memang putih...pastu saya tak wat border lak tuh...hehehhehe

cheers...

bro....
den tak pornah jomu tengok karya bro disini......
nak sebijik limau itew leh ke
Mon 2-Apr-2007 10:17
Posted by:dOd  - [Link]
Limau dan kurma tur tengok cantik jer `letaknya`.. Tue 22-May-2007 14:42
Posted by:yem  - [Link]
ketiga-tiga gambar ini sangat cantik.. tapi saya kurang faham dari segi teknikalnya bagaimana bro menggunakan flash simbah ke subjek dan reflector...? reflector tu letak kat mana..? erk..sorry bro.. saya memang budak baru belajar..banyak nak tahu tapi xtahu nak ajukan soalan dgn tepat..harap2 bro dpt berikan jawapan..sekian..terima kasih.. Fri 29-Jun-2007 09:36
Posted by:farina farina_ariffa@yahoo.com  - [Link]
View all 23 comments


Sunday, 18-Mar-2007 05:30 Email | Share | | Bookmark
Malam Di Bandar Johor Bharu

Malam Di JB
Assalamualaikum....

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengujung dan juga kawan2 yang sudi dan sanggup menyinggah dan bertandang ke fotopages saya untuk melihat gambar2 yang saya amik....Tidak lupa juga bebanyak2 terima kasih kerana kawan2 yang sudi meninggalkan komen dan kata2 di fotopages saya nie...

Maafkan saya sekali lagi kerana setakat nie dan sehingga hari ini saya belum lagi ada gambar2 terbaru yang hendak di tunjukkan .....Hanya gambar2 lama yang ada di dalam simpanan saya sahaja yang dapat saya tunjukkan untuk kali ini sekali lagi....

Gambar ini di ambil ketika saya dan beberapa rakan2 photography kuar ke bandar JB sambil jejalan dan amik gambar......Nie pun amik main hantam jer snap...Sebab tujuan sebenarnya nak gi minum air jer kat sini....Itu yang hantam jer...Tak planning sebaiknya sebelum amik....So banyak kekurangan rasanya kat gambar nie.....Maybe anda semua boleh nampak kekurangan dan kelemahan yang ada....Apapun komen dari anda semua amatlah di hargai......

Terima kasih dan Wassalam.







Kehidupan malam yg realistik
Rasanya guna ISO 800 - 1600 kan?
Fri 23-Mar-2007 08:23
Posted by:Meor  - [Link]
betul .. saya prefer ambik lighttrail ni dari tempat yang agak tinggi sket .. result dia lagi puas hati .. yang ambik tu dekat jalan depan hostel ni aje .. org russian ni pelik2 sket..tengok kita ambik gambar dah suspicious apa2..ingat kita ni nak jual kat berita ke .. spy ke apa .. tu yang tak tercari tempat tinggi sket...flyover ke .. thanks enw.. Fri 23-Mar-2007 22:16
Posted by:k.i.  - [Link]
Nice night photography.. Clear and very crisps..!! Sun 25-Mar-2007 06:19
Posted by:HR  - [Link]
View all 45 comments


Saturday, 10-Mar-2007 15:09 Email | Share | | Bookmark
Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar
Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Saya berharap anda semua dalam keadaan sihat. Insyallah.Maafkan saya kerana sudah lama tidak upload gambar2 di fotopages saya sehinggakan ada yang dah bertanya kat email..Padahal tak lama mana pun..Seminggu jer..Hehehehe...
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen dan kritikan kat gambar2 yang saya uploadkan...Tidak lupa juga kepada yang sudi melawat fotopages saya yang tak seberapa nie..

Sebenarnya saya dah hampir seminggu saya tak pegang dan usik camera saya...Xtvt amik gambar pun saya tak buat.....Al maklumlah sibuk sikit dengan kerja lain...So camera letak tepi dulu...Gambar yang saya upload nie pun sebenarnya gambar lama tapi belum di letakkan lagi di fotopages nie....

Gambar yang saya upload nie sebenarnya gambar Masjid Negeri Johor iaitu Masjid Sultan Abu Bakar yang diberi sendiri namanya oleh Sultan Abu Bakar...Terletak di tengah2 bandar Johor Bharu iaitu jalan Skudai dan berhadapan pantai lido dan Singapore..Di samping itu ianya juga terletak bersebelah zoo dan pejabat agama johor.....Masjid ini dikira lama dan antik bagi saya kerana ianya di bina pada tahun 1892 dan 1900....Sudah lebih dari seratus tahun...tetapi binaan nya masih utuh dan digunakan sehingga hari ini........Lokasinya juga menarik kerana menghadap ke laut dan terletak di atas bukit......Sesiapa yang berkunjung di sini pasti tidak akan rugi....Insyallah .....

Di bawah ini adalah gambar2 yang saya amik sikit sebanyak untuk tatapan.....Kritikan, komen dan apa saja yang anda tulis sangatlah di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih ....

P/S: Harap maaf. Gambar penuh masjid saya tak amik..Semua gambar close up jer....Insyallah ada rezeki saya ke sana lagi dan cuba dapatkan gambar penuh masjid dari luar....

Wassalam




lately tak comment sangat on your FP but i check it very regularly. lama tak update, busy ke? Sat 17-Mar-2007 11:31
Posted by:mynn  - [Link]
masjid pun leh jadi gamba yg menarek gak...
canteeekkk
Sun 18-Mar-2007 05:09
Posted by:lynda  - [Link]
Tenaaaaang rasa jiwa bila tengok gambar2 masjid ni...apatah lagi kalau berada di dalamnya Sun 18-Mar-2007 05:56
Posted by:rinnchan  - [Link]
View all 47 comments


Sunday, 4-Mar-2007 05:51 Email | Share | | Bookmark
Chinese New Year 2007

Chinese New Year 2007_1
Chinese New Year 2007_2
Chinese New Year 2007_3
Assalamualaikum,

Semalam petang saya bersama rakan ABEJA(http://abejaa.fotopages.com) pergi ke Jusco Tebrau, Johor borak2 sambil minum kopi kat Starbucks Coffee.....Kitorang borak2 pasal camera, gambar dan processing ....Kami ke sana dalam 5.30 ptg dan tiba di sana dalam pukul 6.00 ptg lebih kurang...Terlebih dahulu nak ucap bebanyak terima kasih kepada ABEJA sebab sudi amik saya kat rumah dan belanja minum kopi....Nanti belanja lagi yerkkk....Hehehhehee...

Abis jer kitaorang borak2 kat situ dan nak balik...Tiba2 terserempak plak dengan kumpulan tarian naga.....Diorang nak buat persembahan kat situ...So apa lagi ...Di kesempatan nie kitaorang amik laa gambar tarian naga sempena penutup Tahun Baru Cina 2007 ...Kalau nak ikut sambutan nie lebih di kenali sebagai Chap Goh Mei......Itu lah yang saya tahu....Sedikit gambar yang sempat saya rakamkan sebelum balik....

Lain2 maybe boleh refer kat fotopages ABEJA (http://abejaa.fotopages.com)...Selamat menatap gambar2 dari saya di bawah ini...Kritikan anda amatlah di alukan dan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih ....

Wassalam





good job bro, good job very good photo, syabas inspector sahab syabas bila lg nak turn KL? Sat 10-Mar-2007 02:39
Posted by:Abg Icam  - [Link]
WK's...
Nice shot. Suka ngan gambor menadah tu. Agaknya dah resmi orang malaysia menadah bila ade perayaan.
Kan tangan memberi lebih baik dari menerima.
Harap dapat bertemu satu masa nanti
Sat 10-Mar-2007 04:18
Posted by:Mazrul  - [Link]
yo bro.. nanti lu turun sban... inform gua ok.. kita sembang panjang2 lagik..
by da way... nice shots beb.. keep on shooting..
Sat 10-Mar-2007 11:51
Posted by:isfann principal@snapfever.com  - [Link]
View all 41 comments


Saturday, 3-Mar-2007 00:32 Email | Share | | Bookmark
Jalan dan Lampu

Jalan Dan Lampu
Assalamualaikum....

Dah lama rasanya tak mengupload gambar disini....Rasanya dah hampir seminggu tak mengupload...Bukan tak nak upload.....tapi kerana kesibukkan dan masa yang kurang mengizinkan....Camera pun dah lama juga saya tak pegang dan petik shutter....Entah2 dah berhabuk agaknya didalam beg......Hari nie just nak letak gambar2 lama yang ada di dalam Laptop saya.....Rasanya gambar nie biasa sahaja...Dari segi angle pun tak berapa menarik, composition pun sikit lari....Gambar pun tak berapa kemas dan sikit berserabut....Tapi saya suka tengok gambar light trail yang atas sekali tuh ....Light trail itu datangnya dari sebuah bas.....Apapun sesebuah gambar itu subjectif dan setiap org ada pandangannya masing2.....Setiap apa yang kita lihat tidak pasti nya sama...Sesungguhnya didalam dunia ini bagi saya tiada siapa pun prefect even your are Profesional or not ..Pasti akan ada minor2 kesilapan samada kita nampak ataupun tidak....Sesunggunya yang prefect itu adalah Allah SWT sahaja......

Just nak cerita sikit pengalaman....Saya pernah keluar bersama rakan2 untuk amik gambar satu masa dulu....Pastu saya nampak setiap kali dia amik gambar dan petik shutter selepas itu dia akan tengok ke screen lcd cameranya untuk melihat gambar yang di ambilnya.....Pastu dia delete.....Saya pun bertanya "Kenapa ko delete gambar ko yang ko amik dah tuh" ...Dia kata "tak cantik dan tak lawa" ...So saya cakaplah " Laaa, ko jangan nilai gambar ko melalui LCD, sepatutnya ko hargai gambar yang ko amik tuh even tak cantik sekalipun....Sebab apa yang kita amik tu sepatutnya kita hargai...Selain tuh ko dapat belajar daripada kesilapan yang ko lakukan melalui gambar ko amik nie....Kalau ko duk asyik nak delete jer macamner ko nak tahu dan belajar dari kesilapan" ....Akhirnya dia diam sahaja....

Apa yang boleh saya katakan, so janganlah delete gambar2 anda ketika didalam CF/SD card ....Kalau nak delete pun bila dah download ke PC/Laptop ...Kat situ lah baru di nilaikan .....Mungkin tak cantik di LCD tapi cantik bila dah didownload.....Mana tahu kan...

So hari nie gambar yang saya upload kat sini adalah cth gambar yang saya rasa biasa sahaja tapi saya hargainya dan simpannya walaupun terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya........Tul tak ?...So apa pula pendapat anda semua disini.....?Komen dan pendapat dari anda saya dahulukan dengan Terima Kasih.....


Betul cerita Bro nih

Teruskan memburu
Mon 5-Mar-2007 07:15
Posted by:abdhakamabdah  - [Link]
zooomm...

mmg besh sgt tgk pic nie...
teknik light trail mmg besh...
and tambah lak org blakang kamera tu..
jadi lah gambar yg cun niee...

lampu jalan tu dh nmpk cm bintangs..
comey sangat...
keep it up bro...

love it as always



p/s : no ps
Fri 9-Mar-2007 21:22
Posted by:noblemien  - [Link]
suka lak gamba nih Sat 24-Mar-2007 12:35
Posted by:ainiyah  - [Link]
View all 26 comments


Sunday, 25-Feb-2007 02:23 Email | Share | | Bookmark
Aku Ke Negeri Sembilan

Negeri Sembilan
Negeri Sembilan 1
Negeri Sembilan 2
Assalamualaikum....

Hari nie just nak upload gambar2 semasa saya ke Negeri Sembilan Darul Khusus....Saya berada di sini selama 3 hari untuk bercuti berehat menghabiskan cuti sambil makan angin kat negeri orang.....Cuaca kat sini kurang baik untuk beberapa hari saya disini...Setiap kali saya nak keluar ambil gambar ada saja halangan seperti hujan....So tak banyak gambar dapat saya rakamkan....

Tidak lupa juga kepada En Isfann dan rakannya kerana sudi bertemu dan berborak dengan saya ketika saya berada di Seremban....LAyanan daripada saudara tak dapat saya balas dengan wang ringgit.....Juga terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu2 fotography anda dengan saya....Ilmu yang saudara berikan mungkin tidak dapat saya membalasnya.......

Sebelum saya akhiri tulisan saya...Saya ingin ucapkan bebanyak terima kasih kepada anda2 semua yang mana sudi memberi komen yang membina dan berharga.....Insyallah segala bentuk kelemahan saya akan saya perbaiki supaya ianya lebih baik dan lebih bermakna.....Kepada anda semua janganlah segan2 untuk mengkritik gambar2 yang di post oleh saya kerana kritikan saya terima dengan terbuka sebagai satu pelajaran dan melalui anda semua lah saya belajar......Lagi satu saya nie bukanlah otai or petai or sifoo or cikgu macam anda sangkakan.....Banyak lagi yang saya tak tahu dan masih belajar.......Sebenarnya anda semua adalah sebahagian daripada guru kepada saya....tul tak?....mestilah betul....Terima kasih cikgu2 semua....

Tak nak berceloteh panjang lagi...Nie lah sebahagian gambar yang sempat saya uploadkan.....Insyallah petang nie saya akan bertolak balik ke Johor kembali..Semoga perjalanan saya selamat ...

Wassalam.....






Tempat Penginapan


good luck...
http://jamalllullai.fotopages.com
Fri 2-Mar-2007 07:18
Posted by:Jamal joko_j@hotmail.com  - [Link]
gambar memang banyak idea
dah tentu saya copy.....blehkan??..
beb,...bila nak dtg k.lumpur plak??...
saya rasa macam nak jumpa kamu & berkongsi ilmu dlm photographer....
Fri 2-Mar-2007 16:45
Posted by:suzas 0122509415@mail.maxis.met.my  - [Link]
Wow!! Really really beautiful pix! I love the sunset and the jetty pictures alot..! Mon 5-Mar-2007 05:21
Posted by:HR  - [Link]
View all 48 comments


Friday, 23-Feb-2007 03:57 Email | Share | | Bookmark
Product Poster - Digital Camera SLR

Canon EOS 350D
Nikon D200
Nikon D70s
Assalamualaikum....

Hari nie tak der gambar nak letak...Just letak gambar2 poster yang di buat dan di olah daripada gambar ahli2 FMDC .....Gambar asal bukanlah daripada camera saya......Just for fun and educational purpose only...........
Kredit to FMJC(Group Fotopages Johor), FMCC (Group Fotopages Tengah) dan FMDC Utara (Group Fotopages Utara)

Di harap anda yang melawat dapatlah meninggalkan komen atas kelemahan yang saya buat....Komen daripada anda adalah pelajaran untuk saya.....Terima kasih saya dahulukan...Asalamualaikum...

Poster No.1

Poster No.2

Poster No.3

Poster No.4


Quote:
Which one are you prefer ?

memang kreatif...cun bangat... Thu 1-Mar-2007 10:49
Posted by:jidin giding@yahoo.com  - [Link]
gambar poster no 4 tu menarik..kewl!

kreativ & inovativ... ahakkksss...
Fri 2-Mar-2007 17:08
Posted by:lieyna  - [Link]
Cantik banyak woo... Semua poster aku suka.... Creative..
Boleh aku order D200 tu tak.....
Sat 3-Mar-2007 15:46
Posted by:jemster  - [Link]
View all 32 comments


Wednesday, 21-Feb-2007 04:01 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan - Oniey & Is

Tunang 1
Tunang 2
Tunang 3
Assalamualaikum.....

Selamat kembali dari bercuti saya ucapkan kepada kawan2 semua...Semoga cuti tempoh hari telah banyak memberikan kawan2 semua rehat yang secukupnya......Sudah lama saya tidak meng updatekan fotopages saya ini...Hari ini saya ingin tunjukkan gambar yang tak seberapa daripada saya....Gambar pertunangan Oniey dan Is yang berlangsung pada 18 February 2007 yang lalu.......Terlebih dahulu saya ingin ucapkan bebanyak terima kasih kepada kawan2 yang sudi memberi komen dan pendapat kepada gambar2 saya sebelum ini...Komen2 daripada anda semua amatlah di hargai dan bermakna sekali....Juga tidak lupa kepada mana2 pelawat yang sudi melawat ke fotopages saya .....Jika berkesempatan sila lah tinggalkan komen untuk saya perbaiki kelemahan saya...Insyallah......

Jumpa lagi di lain hari ....Insyallah...

Cheers..!!!





Gambar Sekeping2 (Sorry kalau gambar tak ikut turutan dan berterabur)





huhuhuhu.. bro!!! montaj ko power la.. bole ajar ke?? Sat 24-Feb-2007 14:28
Posted by:Achid  - [Link]
your style of editing superb la bro..saya suka tgk Tue 10-Jul-2007 17:21
Posted by:safwan  - [Link]
fandi photography
http://fendikembara.fotopages.com
Tue 11-Sep-2007 15:17
Posted by:fandi photography fendi_media@yahoo.com  - [Link]
View all 32 comments


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.