Setiap gambar pasti ada ceritanya.....

By: doubleu kayes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 18-Jun-2007 13:08 Email | Share | | Bookmark
Cerucuk Batu(Pile) Depan Pantai Lido....

Assalamualaikum ....

Hari tak de apa nak di paparkan dan di ceritakan...Hanya gambar2 yang lama yang di uploadkan...Masih lagi belum ada xtvt atau gambar baru di rakamkan....Gambar pun ntah apa apa ....Gambar nie di ambik di hadapan pantai lido berhadapan dengan singapura.Gambar cerucuk batu/pile yang di tanam ke dalam laut untuk di buat projek pembagunan tetapi terbengkalai dan terbiar begitu sahaja.....Tiada human subject dalam gambar kali ini..More pada pattern....Hehehe....Selamat melihat dan mengkritik kawan2 semua....





Gambar bawah nie saja nak selitkan jer...tak der kena mengena ngan gambar di atas tuh...Keh keh keh....



Jumpa lagi kita di lain entry....Wassalam

DOUBLEUKAYES 2007
YM : doubleukayes
EMAIL : doubleukayes@yahoo.com


Saturday, 9-Jun-2007 13:14 Email | Share | | Bookmark
Pantai Penarik, Setiu, Terengganu

Penarik Beach
Assalamualaikum....



Kalau entry sebelum nie saya memaparkan gambar perkahwinan yang sememangnya bukan kegemaran dan favorite saya, maka kali ini saya kembali memaparkan gambar yang saya amik ketika saya bercuti iaitu gambar di pantai.

Seperti tajuk di atas pantai ini terletak daerah Setiu Terengganu iaitu kira2 lebih kurang 60KM dari pada bandar Kuala Terengganu...Manakala daripada Kota Bharu pula lebih kurang 80KM...Di sekitar pantai ini kebanyakkan penduduk nya adalah terdiri daripada penduduk yang kebanyakkan nya bekerja sebagai nelayan....Kebiruan air laut, keputihan pasir pantai, kenyamanan udaranya serta kebersihannya lah yang menjadi daya tarikkan kepada pelawat2 yang datang berkelah serta bersantai disini...

Tidak rugi rasanya jika anda sendiri datang atau bersantai ke sini di samping membawa keluarga atau rakan2....

Okay lah...Bukan tujuan sebenar saya nak berceloteh panjang pasal cerita tentang pantai ni ....Lagipun gambar yang saya paparkan ini kebanyakkan lebih kepada gambar family saya yang datang berehat bersama anak2 sambil mandi manda di pantai ni sempena cuti sekolah...So gambar banyak pada gambar anak2 yang mandi sahaja di pantai....Selamat melihat

Wassalam.....

Doubleukayes
2007
doubleukayes@yahoo.com







Monday, 4-Jun-2007 14:07 Email | Share | | Bookmark
Resepsi Farhan & Liana

Assalamualaikum,

Sudah hampir seminggu lebih fotopages saya ini tidak ber update....Semuanya kerana kesibukkan dan urusan family di kampung di tambah pula dengan cuti yang panjang di ambil oleh saya.....

Kali ini saya ingin menunjukkan gambar perkahwinan/resepsi En Farhan & Puan Liana (guna En. dan Puan sebab dah kahwin..hehehehhe)....



Sebenarnya bukanlah bidang saya dalam mengambil gambar perkahwinan, pernikahan atau persandingan ....Juga bukanlah minat saya dalam merakamkan gambar perkahwinan.....Tetapi di atas permintaan rakan saya atau otai yang saya hormati maka saya mengambil peluang yang di beri untuk melaksanakan tugas nie sebaik yang mungkin walaupun terlalu muda dan lemah serta banyak lagi yang perlu diperbaiki....Di samping itu saya juga dapat belajar bagaimana untuk membuat wedding photography setelah membuat dan melakukannya sendiri serta mendapat sedikit pengalaman....Bukanlah saya tidak pernah ada pengalaman langsung, pernah ada iaitu kira2 hampir 2 thn yang lepas tapi hanya seketika/sementara sahaja ....Kerana kurang minat saya meninggalkanya dan tidak mendalaminya langsung....Itulah bila kena buat assignment abis berterabur semua setting2, fokus2 dan angle2. ...Keh keh keh.....

Jika di ikutkan minat saya adalah lebih kepada streetshoot, landscape, human interest and natural habit...Walaupun begitu saya akui yang didalam bidang photography wedding nie banyak dan pelbagai yang kita boleh dapat jika di terokai dan didalami seperti macro or close up, angle, setting, flash technic/setting, pencahayaan, composition dan sebagainya...Selain itu duit/wang juga dapat di buat jika kita pandai dan penuh perhatian serta komitmen dalam melaksanakan ......Ramai yang saya lihat diantara photographer yang berjaya di dalam bidang photography wedding ini dan mempunyai nama dan saya cukup menghargai serta mengaguminya kerana kesungguhan dan ketekunan mereka serta hasil2 mereka..Malah ada yang full time dalam bidang nie......Taniah....

Oleh kerana minat terhadap photography wedding ini tidaklah seperti minat terhadap bidang photography lain maka hasilnya tidaklah seperti di hendaki oleh otai saya dan boleh di katakan tidak menepati apa yang beliau hendaki .....Banyak gambar settingnya tak betul, anglenya tak bagus, setting flashnya salah dan sebagainya...Ini menyebabkan gambar ada kekurangan dan kelemahan....tapi apapun saya tetap berbangga kerana berjaya melakukan seorang diri tanpa ada guide/assistance/sifoo/guru di sebelah semasa saya melakukan pengambaran .... ....

Sedikit enhancement/olahan digital/editing telah di lakukan kepada gambar2 nie menggunakan Photoshop untuk menaikkan seri serta memberi perencah kepada gambar2 nie...Tetapi gambar yang di olah ini tidak diolah secara soft effect kerana bukanlah minat saya ....Lagipun saya sudah jemu melihat gambar2 kahwin di edit secara soft seperti mimpi.....So sorry....

Kepada Farhan dan Liana saya di sini mengucapkan "Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat" insyallah......terima kasih juga di atas kerjasama serta layanan yang korang berdua berikan .....Siap kasi makan lagi sebelum balik dan ole2.....Juga tak letih melayan arahan2 yang saya berikan....Juga harap di maafkan jika ada kekurangan serta kelemahan di dalam sessi mengambil gambar dengan saya ....Segala kekurangan dan kelemahan adalah dari saya ....Dan yang sebaiknya adalah dari Allah SWT....Insyallah...

Akhir sekali, selamat melihat dan menonton sedikit gambar dari lensa kamera saya untuk tatapan...Segala kritikan, komen serta kutukan amatlah di alukan dan di hargai......Terima kasih terlebih dahulu dari saya kepada anda semua yang tak pernah jemu melawat dan meninggalkan komen di sini serta memberi pendapat dan idea dalam memantapkan ilmu photography saya....

Wassalam

Doubleukayes @ 2007

All right reserved and copyright to doubleukayes photography.

Outdoor Photo




Majlis Photo




Wednesday, 23-May-2007 01:15 Email | Share | | Bookmark
Sehari Di Jeti Nelayan.....

Di Jeti
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Di harap kawan2 semua dalam keadaaan sihat sejahtera semuanya...Insyallah...Terlebih dahulu saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada kawan2 semua kerana sudi bertandang dan melihat serta meninggalkan komen2 di fotopages ini....

Kali ini gambar yang saya amik adalah di sebuah jeti nelayan yang terletak di Sg. Rengit, Kota Tinggi, Johor....Biarlah saya ceritakan serba sedikit mengenai tempat ini supaya anda tidak tertanya2 di manakah ia...Mungkin juga ada diantara anda yang tidak pernah mengetahuinya....

Ok ...Tempat nie terletak di Selatan Semenanjung Malaysia Bahagian Timur, kalau ikut peta ianya terletak di hujung semenanjung malaysia...Kalau di sebelah barat ialah Pontian tetapi tempat ini terletak di sebelah timur semenanjung selatan....Jaraknya dari Bandaraya Johor Bharu adalah dalam lingkungan 140km iaitu 2 jam perjalanan manakala dari Bandar Kota Tinggi pula jaraknya adalah 74km iaitu 1 jam perjalanan......

Pekan nya tidak besar....Hanya sebuah pekan kecil atau lebih di kenali bandar cowboy...Purata pendapatan/ekonomi penduduk di sini adalah daripada hasil tangkapan ikan dan kegiatan nelayan....Majoriti penduduk disini pula terdiri daripada kaum Cina....Selain itu bandar ini juga terkenal dengan hasil udang kara atau dalam bahasa Inggeris Lobster...Mercu tanda Udang Kara juga ada di letakkan di tengah Pekan ini sebagai tanda kepada pelawat yang melawat di sini...

Boleh di katanya setiap hujung minggu pasti ada yang datang bersama rombongan melawat ke pekan ini terutamanya dari negara jiran iaitu Singapura untuk menikmati hidangan makanan laut yang sememangnya cukup dikenali oleh mereka.....Selain itu xtvt riadah juga seperti berbasikal juga turut di lakukan oleh pelancong yang datang kesini....Mungkin di sebabkan cuaca dan udara yang segar dan kesibukkan jalanraya yang tenang dan kurang.....

Selain itu pekan ini juga di kelilingi oleh laut yang bersih dan cantik ......Amat sesuai untuk menghirup udara yang segar serta mencari ketenangan kepada mereka yang sentiasa sibuk dan selalu terhimpit dengan kesibukkan bandaraya....

Di sini saya bukan menujukkan keseluruhan pekan ini...Hanya gambar2 yang saya rakamkan di Jeti sahaja......Melalui gambar ini mungkin saya dapat berkongsi dan menujukkan kepada anda bagaimana keadaan nya di sana serba sedikit supaya dapat anda membayangkan...Tetapi untuk melihatnya dengan lebih baik mungkin anda datang melawatnya sendiri....

Dibuat sempena Tahun Melawat Malaysia 2007

Wassalam...








Doubleukayes Photography.
2007

P/S: Maaf kalau gambar banyak sangat dan lambat upload....Harap bersabar dan selamat melihat dan mengkritik......


Saturday, 19-May-2007 00:14 Email | Share | | Bookmark
Perbarisan PDRM

Perbarisan PDRM
Assalamualaikum

Sabtu minggu lepas (12 May 2007) selepas menghantar isteri saya untuk menduduki peperiksaan IELTS saya singgah sebentar ke Danga Bay, Johor Bharu.....Ketika saya berjalan2 di sana terlihat ada satu sambutan sedang berlangsung iaitu Sambutan Hari Polis Sedunia Peringkat Negeri Johor....Sambil membawa kamera saya pun terus kesana.....Setibanya di sana terlihat pasukan PDRM nie sedang melakukan perbarisan .....

Pada mulanya saya hanya melihat sahaja dari jauh tanpa berbuat apa2 ....Tapi apabila menyedari di tangan saya ada kamera maka saya memberanikan diri untuk cover perbarisan polis ni.....First apa yang saya buat saya meminta kebenaran daripada pihak pengajur(Polis) terlebih dahulu untuk merakamkan perbarisan mereka....Alhamdulillah mereka membenarkan saya untuk merakamkannya.......Kenapa saya meminta kebenaran sedangkan amik dari jauh pun boleh....Ini kerana untuk memudahkan pergerakan saya merakamkan gambar2 mereka tanpa di halang.....Kadang2 perbuatan kita merakamkan gambar org tanpa kebenaran boleh menyebabkan masalah dan kemarahan......

Di bawah ini adalah sedikit hasil daripada rakaman gambar saya yang dapat saya persembahkan.....Lens yang saya gunakan pula hanyalah 18-200mm sahaja......Dan setting yang saya gunakan ialah pelbagai mengikut gambar yang hendak di ambil......Sedikit minor enhancement seperti menaikkan saturation telah di lakukan untuk gambar nie....

Segala kritikan dan komen serta cadangan dari anda amatlah di alukan di hargai....Di dahulukan dengan ucapan terima kasih dan wassalam....

Doubleukayes......






[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net