Setiap gambar pasti ada ceritanya.....

By: doubleu kayes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 4-Mar-2007 05:51 Email | Share | | Bookmark
Chinese New Year 2007

Chinese New Year 2007_1
Chinese New Year 2007_2
Chinese New Year 2007_3
Assalamualaikum,

Semalam petang saya bersama rakan ABEJA(http://abejaa.fotopages.com) pergi ke Jusco Tebrau, Johor borak2 sambil minum kopi kat Starbucks Coffee.....Kitorang borak2 pasal camera, gambar dan processing ....Kami ke sana dalam 5.30 ptg dan tiba di sana dalam pukul 6.00 ptg lebih kurang...Terlebih dahulu nak ucap bebanyak terima kasih kepada ABEJA sebab sudi amik saya kat rumah dan belanja minum kopi....Nanti belanja lagi yerkkk....Hehehhehee...

Abis jer kitaorang borak2 kat situ dan nak balik...Tiba2 terserempak plak dengan kumpulan tarian naga.....Diorang nak buat persembahan kat situ...So apa lagi ...Di kesempatan nie kitaorang amik laa gambar tarian naga sempena penutup Tahun Baru Cina 2007 ...Kalau nak ikut sambutan nie lebih di kenali sebagai Chap Goh Mei......Itu lah yang saya tahu....Sedikit gambar yang sempat saya rakamkan sebelum balik....

Lain2 maybe boleh refer kat fotopages ABEJA (http://abejaa.fotopages.com)...Selamat menatap gambar2 dari saya di bawah ini...Kritikan anda amatlah di alukan dan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih ....

Wassalam






Saturday, 3-Mar-2007 00:32 Email | Share | | Bookmark
Jalan dan Lampu

Jalan Dan Lampu
Assalamualaikum....

Dah lama rasanya tak mengupload gambar disini....Rasanya dah hampir seminggu tak mengupload...Bukan tak nak upload.....tapi kerana kesibukkan dan masa yang kurang mengizinkan....Camera pun dah lama juga saya tak pegang dan petik shutter....Entah2 dah berhabuk agaknya didalam beg......Hari nie just nak letak gambar2 lama yang ada di dalam Laptop saya.....Rasanya gambar nie biasa sahaja...Dari segi angle pun tak berapa menarik, composition pun sikit lari....Gambar pun tak berapa kemas dan sikit berserabut....Tapi saya suka tengok gambar light trail yang atas sekali tuh ....Light trail itu datangnya dari sebuah bas.....Apapun sesebuah gambar itu subjectif dan setiap org ada pandangannya masing2.....Setiap apa yang kita lihat tidak pasti nya sama...Sesungguhnya didalam dunia ini bagi saya tiada siapa pun prefect even your are Profesional or not ..Pasti akan ada minor2 kesilapan samada kita nampak ataupun tidak....Sesunggunya yang prefect itu adalah Allah SWT sahaja......

Just nak cerita sikit pengalaman....Saya pernah keluar bersama rakan2 untuk amik gambar satu masa dulu....Pastu saya nampak setiap kali dia amik gambar dan petik shutter selepas itu dia akan tengok ke screen lcd cameranya untuk melihat gambar yang di ambilnya.....Pastu dia delete.....Saya pun bertanya "Kenapa ko delete gambar ko yang ko amik dah tuh" ...Dia kata "tak cantik dan tak lawa" ...So saya cakaplah " Laaa, ko jangan nilai gambar ko melalui LCD, sepatutnya ko hargai gambar yang ko amik tuh even tak cantik sekalipun....Sebab apa yang kita amik tu sepatutnya kita hargai...Selain tuh ko dapat belajar daripada kesilapan yang ko lakukan melalui gambar ko amik nie....Kalau ko duk asyik nak delete jer macamner ko nak tahu dan belajar dari kesilapan" ....Akhirnya dia diam sahaja....

Apa yang boleh saya katakan, so janganlah delete gambar2 anda ketika didalam CF/SD card ....Kalau nak delete pun bila dah download ke PC/Laptop ...Kat situ lah baru di nilaikan .....Mungkin tak cantik di LCD tapi cantik bila dah didownload.....Mana tahu kan...

So hari nie gambar yang saya upload kat sini adalah cth gambar yang saya rasa biasa sahaja tapi saya hargainya dan simpannya walaupun terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya........Tul tak ?...So apa pula pendapat anda semua disini.....?Komen dan pendapat dari anda saya dahulukan dengan Terima Kasih.....



Sunday, 25-Feb-2007 02:23 Email | Share | | Bookmark
Aku Ke Negeri Sembilan

Negeri Sembilan
Negeri Sembilan 1
Negeri Sembilan 2
Assalamualaikum....

Hari nie just nak upload gambar2 semasa saya ke Negeri Sembilan Darul Khusus....Saya berada di sini selama 3 hari untuk bercuti berehat menghabiskan cuti sambil makan angin kat negeri orang.....Cuaca kat sini kurang baik untuk beberapa hari saya disini...Setiap kali saya nak keluar ambil gambar ada saja halangan seperti hujan....So tak banyak gambar dapat saya rakamkan....

Tidak lupa juga kepada En Isfann dan rakannya kerana sudi bertemu dan berborak dengan saya ketika saya berada di Seremban....LAyanan daripada saudara tak dapat saya balas dengan wang ringgit.....Juga terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu2 fotography anda dengan saya....Ilmu yang saudara berikan mungkin tidak dapat saya membalasnya.......

Sebelum saya akhiri tulisan saya...Saya ingin ucapkan bebanyak terima kasih kepada anda2 semua yang mana sudi memberi komen yang membina dan berharga.....Insyallah segala bentuk kelemahan saya akan saya perbaiki supaya ianya lebih baik dan lebih bermakna.....Kepada anda semua janganlah segan2 untuk mengkritik gambar2 yang di post oleh saya kerana kritikan saya terima dengan terbuka sebagai satu pelajaran dan melalui anda semua lah saya belajar......Lagi satu saya nie bukanlah otai or petai or sifoo or cikgu macam anda sangkakan.....Banyak lagi yang saya tak tahu dan masih belajar.......Sebenarnya anda semua adalah sebahagian daripada guru kepada saya....tul tak?....mestilah betul....Terima kasih cikgu2 semua....

Tak nak berceloteh panjang lagi...Nie lah sebahagian gambar yang sempat saya uploadkan.....Insyallah petang nie saya akan bertolak balik ke Johor kembali..Semoga perjalanan saya selamat ...

Wassalam.....






Tempat Penginapan



Friday, 23-Feb-2007 03:57 Email | Share | | Bookmark
Product Poster - Digital Camera SLR

Canon EOS 350D
Nikon D200
Nikon D70s
Assalamualaikum....

Hari nie tak der gambar nak letak...Just letak gambar2 poster yang di buat dan di olah daripada gambar ahli2 FMDC .....Gambar asal bukanlah daripada camera saya......Just for fun and educational purpose only...........
Kredit to FMJC(Group Fotopages Johor), FMCC (Group Fotopages Tengah) dan FMDC Utara (Group Fotopages Utara)

Di harap anda yang melawat dapatlah meninggalkan komen atas kelemahan yang saya buat....Komen daripada anda adalah pelajaran untuk saya.....Terima kasih saya dahulukan...Asalamualaikum...

Poster No.1

Poster No.2

Poster No.3

Poster No.4


Quote:
Which one are you prefer ?


Wednesday, 21-Feb-2007 04:01 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan - Oniey & Is

Tunang 1
Tunang 2
Tunang 3
Assalamualaikum.....

Selamat kembali dari bercuti saya ucapkan kepada kawan2 semua...Semoga cuti tempoh hari telah banyak memberikan kawan2 semua rehat yang secukupnya......Sudah lama saya tidak meng updatekan fotopages saya ini...Hari ini saya ingin tunjukkan gambar yang tak seberapa daripada saya....Gambar pertunangan Oniey dan Is yang berlangsung pada 18 February 2007 yang lalu.......Terlebih dahulu saya ingin ucapkan bebanyak terima kasih kepada kawan2 yang sudi memberi komen dan pendapat kepada gambar2 saya sebelum ini...Komen2 daripada anda semua amatlah di hargai dan bermakna sekali....Juga tidak lupa kepada mana2 pelawat yang sudi melawat ke fotopages saya .....Jika berkesempatan sila lah tinggalkan komen untuk saya perbaiki kelemahan saya...Insyallah......

Jumpa lagi di lain hari ....Insyallah...

Cheers..!!!





Gambar Sekeping2 (Sorry kalau gambar tak ikut turutan dan berterabur)






[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net