Setiap gambar pasti ada ceritanya.....

By: doubleu kayes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Feb-2007 12:50 Email | Share | | Bookmark
Bot dan Kelapa

Sebuah Bot
Takder apa nak di tunjukkan hari ni......Just gambar bot kat tepi sungai dan gambar pokok kelapa.....Komen2 daripada anda mengenai gambar2 ini amatlah di perlukan dan dihargai.......

Gambar2 Bot Kecil







Gambar2 Pokok Kelapa




Quote:
PS : Ingat lepas nie nak berehat ler plak amik gambar dan upload fotopages....Dah penat.....Masa nak amik gambar bot atas nie pun siap kena kejar ngan anjing lagi.....Mungkin inilah salah satu cabaran seorang photographer ........Tapi nasib baik ler tak kena gigit....Sebab sempat pukul kepala anjing tuh ngan tripod...Abis tripod aku...Hehehhehehe....


Tuesday, 6-Feb-2007 17:35 Email | Share | | Bookmark
Hutan Bakau....

Hutan Bakau....
Assalamualaikum...

Sejak 2-3 hari nie asyik2 gambar org jer saya tunjukkan....Kali nie saya nak tunjukkan kepada anda gambar keindahan alam semula jadi....Sesungguhnya negara kita nie kaya dengan keindahan alam semulajadi yang telah di jadikan Allah SWT....So marilah kita bersyukur dengan ciptaan Allah SWT ini.....Nie adalah gambar yang saya amik di hutan paya bakau.....Sedikit tatapan untuk anda semua.......So sudilah kiranya anda mengkritik dan memberi pendapat kepada gambar yang di ambil oleh saya ini....kritikan anda adalah pelajaran kepada saya dan juga anda.....Terima kasih....






Selitkan satu gambar matahari nak turun.....Pemandangan di sebuah perkampungan di luar bandar...



Monday, 5-Feb-2007 10:11 Email | Share | | Bookmark
Model Shoot

Model Shooting
Assalamualaikum...

Hari nie saya tunjukkan kepada anda pula gambar2 yang saya shoot untuk gambar potrait model....Sebenarnya ianya tidak lah di rancang oleh saya .....Tetapi pada tengah hari ahad tempoh hari saya menerima msg daripada rakan photography saya En Ayares yang beliau akan membuat sessi bergambar bersama model....Kerana niat saya adalah untuk belajar maka saya tidak melepaskan peluang yang di beri ini untuk mengambil di samping mempelajarinya....

Mereka yang hadir pada sessi tersebut ialah :
1. Abeja
2. Putera Pawaka
3. Ayares
4. Saya sendiri

Model:
1.Yanie
2. Tak ingat namanya (sebab kurang amik gambar dia)

Lokasi Pengambaran:
Taman Bunga Istana, Johor Bharu, Johor.

Sekali lagi apa yang boleh saya kongsikan di sini ialah :
1. Niat anda biarlah betul. Bukan kerana nak tengok awek cun semata2. Kalau dah kawin beritahu kat isteri yang anda pergi buat kerja atau belajar. Balik nanti tunjukkan kat isteri kerja anda. Barulah anda di percayai dan buat kerja pun senang.
2. Sebelum mulakan pengambaran seeloknya anda berkenalan lah terlebih dahulu. Ini bagi memudahkan anda melakukan kerja2 anda. Sebab nanti kalau tak kenal susah nak mengarah.
3. Mintak izin daripadanya kalau anda ingin menyentuhnya. Bukan meraba yer. Tapi kerana nak perbetulkan kedudukkan nya atau apa.Jangan kalau ia tidak benarkan.
4. Murahkan dengan senyuman dan sentiasa berbual supaya dia tidak merasa bosan dengan pengarahan kita.
5. Tunjukkan kepada nya contoh posisi yang anda inginkan supaya ianya senang di fahami oleh beliau. Jangan sesekali hanya menyuruh dengan bercakap.

Rasanya apa yang saya kongsikan ini mungkin sikit sebanyak dapat membantu..Insyallah..

Apa yang utama niat kita ialah ingin belajar dan terus belajar. Bukan sebaliknya.








Sunday, 4-Feb-2007 02:41 Email | Share | | Bookmark
Thaipusam Journey Part 2

Thaipusam 16
Assalamualaikum...

Terima kasih kepada saudara/saudari serta kawan2 semua kerana sudi bersanggah dan bertandang ke fotopages saya.....Walaupun sekadar bersanggah dan bertandang tanpa meninggalkan komen terima kasih juga saya ucapkan....Kepada yang meninggalkan komen, janganlah puji lelebih......Saya baru lagi dalam bidang nie ...Masih banyak lagi kelemahan2 saya yang perlu saya perbaiki..Saya takut nanti saya lalai dan tak dapat menghasilkan gambar2 yang terbaik lagi selepas nie.....

Terima kasih juga kepada yang sudi memberi cadangan supaya gambar2 saya di hantar dan di publish ke majalah2 dan surat2 khabar......Sebenarnya bukanlah saya tak nak ....tapi saya rasa gambar2 saya nie masih belum layak lagi untuk di publishkan .....banyak lagi gambar2 yang lebih baik dan menarik yang saya lihat ada di fotopages yang sepatutnya di ketengahkan di sini....

Hari nie saya nak kongsi bersama rakan mengenai pengalaman membuat pengambaran Thaipusam Festival.....Mungkin ada diantara kita yang masih belum lagi pergi dan perlu tahu sebelum pergi....Jadi saya di sini ingin amibil kesempatan nak berkongsi pengalaman yang saya lalui supaya sikit sebanyak dapat memberi panduan kepada anda sebelum pergi.....Bukanlah saya menggangungkan perayaan ini ...sesetengah daripada kita memang melarang dan membantah untuk kita kesana....Tetapi kita kesana dengan niat untuk mengambil gambar aksi2 diorang dan mempelajarinya.....Tiada niat langsung untuk mengangungkan dan membanggakan perayaan mereka.....

Di bawah saya senaraikan apa yang perlu dan tak perlu ketika berada untuk shoot disana :
1. Seelok2nya bertolak seawal pagi yang mungkin untuk mengelakkan kesesakkan dan kesibukkan ketika disana. Kalau pergi pagi tuh jangan lah lupa plak nak bersolat subuh.
2. Bawak gula2 atau minyak angin kerana sesetengah org mungkin tidak akan tahan bau2an daripada badan2 org di sana yang bermandikan bijan dan air kuning. Kemenyan juga banyak di pasang. Tujuan nya adalah untuk mengelakkan anda berasa loya dan muntah di situ.
3. Berdoalah dan berselawatlah sebelum anda melangkah kesana. Kerana disana terlalu banyak syaitan dan jin berkumpul. Maklumlah di sana banyak para2 devotee di rasuk dan terasuk. Takut kita juga terasuk kerana tidak bersedia.
4. Usah tengok jika anda tidak tahan dengan aksi2 ngeri seperti badan dan seluruh badan di cucuk dan ditembusi. Kalau boleh duduk jauh. Nanti ada plak yang pengsan kerana lemah semangat.
5. Jangan menggangu pergerakkan mereka. Berilah penghormatan kepada mereka untuk melakukan ritual mereka. Jika hendak amik gambar dekat dengan mereka seeloknya minta lah kebenaran terlebih dahulu. Beritahu siapa anda dan kenapa anda mengambil gambar mereka.
6. Akhir sekali hormati apa yang mereka lakukan. Walaupun anda merasa pelik dan belum pernah lihat sebelum ini, janganlah sesekali mengata atau ketawakan mereka.

Serba sedikit daripada saya apa yang perlu dan tak perlu anda lakukan..Di harap dapat membantu kepada sesiapa yang belum dan mungkin akan pergi suatu hari nanti. Walaupun ianya tidak selengkap mana tapi di harap apa yang saya kongsikan ini berguna kepada anda.Insyallah.

Selain itu saya juga ingin menceritakan pengalaman saya bersama group photography saya..Apa yang saya lihat ketika disana ialah kehadiran photographer cina lebih ramai berbanding photographer melayu. Group melayu hanya 10 org tetapi group cina sebanyak 50 org....Daripada umur belasan tahun hingga lah ke umur 60an....Yang 60an (otai) nie siap jadi mentor lagi kepada anak2 muda mereka....Ini bermakna group photography cina memang kuat jika nak di bandingkan ngan kita....Mungkin anak2 muda melayu lebih suka berpeleseran daripada membuat aktiviti yang lebih berfaedah dan menguntungkan.....Apapun saya berharap suatu hari nanti akan adanya group melayu yang besar dalam bidang photography daripada group melayu yang hanya tahu mengata dan dengki.....Kerana group cina nie lebih kepada tolong menolong diantara satu sama lain...Sebab tu diorang lebih cepat naik.....so kita pun rasa kita boleh..betul kan...insyallah....

Ini mungkin gambar terakhir thaipusam untuk tahun nie.....Maybe next year kalau ada kesempatan saya akan uploadkan lagi....Anda pun mungkin dah bosan nak melihatnya.....Insyallah lepas nie banyak lagi gambar2 lain menanti untuk di upload dan di kongsikan bersama anda...Selamat menonton...Segala kritikan dan komen daripada anda amatlah saya hargainya untuk pembelajaran kita bersama...

Sekian daripada saya.....wassalam...









Quote:
Thanks to Guru Besar Candid Syndrome Dot Com (En Saiful Nang) coz give me a merit to my Pic Thaipusam 26.


Quote:
Against my pic Thaipusam 16 have been put at front page of Photokaki.Com Forum


Friday, 2-Feb-2007 01:50 Email | Share | | Bookmark
Thaipusam Journey Continue......

Thaipusam1
Assalamualaikum....

Terima kasih kerana sudi menunggu update perjalanan photoshoot yang saya buat bersama rakan FMDC Bahagian Johor...Sebenarnya saya masih baru dengan mereka..Dan inilah pertama kali saya menjoinkan diri bersama mereka dan berkenalan dengan mereka......Terima kasih sekali lagi kepada mereka kerana banyak memberi saya tunjuk ajar dalam bidang photography...Tidak rugi rasanya saya bersama dengan mereka kerana banyak yang dapat saya pelajari dari mereka yang sememangnya telah berpengalaman berbanding diri saya yang masih baru dan mentah ini....saya cuba senaraikan nickname2 mereka yang mana saya masih ingat...
1. Putera pawaka
2. Ayares
3. Tenno
4. Sani
5. Abeja
6. Liutrawa
7. Pokcik
8. Phewitt
9. Yon

Mungkin ada yang tertinggal....Maafkan saya jika nama anda tidak tersenarai...

Cerita saya bermula jam 600 pagi....Sesudah saja saya solat subuh saya terus bertolak di tempat yang di janjikan iaitu di petronas stesen bersebelahan Kuil Sri Muniswara, Tampoi, Johor...Kami berkumpul dahulu di McD, Petronas tersebut dan menjamah sedikit Sarapan Pagi...Sesambil tuh kami di beri penerangan serba sedikit mengenai shoot yang kami akan jalankan oleh ketua xpdc En Putera Pawaka......Tepat jam 7.00 pagi kami semua terus bergerak ke Kuil....Setibanya di situ masing2 terus memulakan aktiviti shoot gambar masing....Begitu juga dengan saya....Bermacam2 ragam manusia saya lihat disini....Saya sempat masuk kedalam kuil tetapi akhirnya di suruh keluar kerana tidak mempunyai pass wartawan .....So kali nie kami hanya mengambil gambar dari luar sahaja.........Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami bergerak pula ke kawasan lapang di mana org2 india berkumpul untuk mandi , dan mencucuk diri serta membawa susu diatas kepala.....Sebenarnya saya tak berapa tahu apa aktiviti diorang...Maklumler pergi pun main hantam ajer...tak study dulu....hehhehehehehe......
Pukul 12.00 diorang semua berarak.....tapi saya tak follow sebab dah keletihan dan tak tahan dengan bau....So saya just tunggu jer kat depan...tetapi berapa org rakan lain mengikut mereka untuk buat tawaf (pusingan)....Sebenarnya saya telah kerugian di sini kerana disinilah mereka mula mencucukkan diri mereka sambil menyebut "wel, wel, wel".....Dan di sini lah shoot yang best ketika thiapusam.......
tepat pukul 1.00 kami semua berhenti dan berkumpul semula di McD Petronas.......Daripada sini ramai yang amik dan shoot begitu banyak sehingga ada yang mencecah 500 kpg...Saya pula hanya 130kpg sahaja......Walaupun sikit tapi saya bertuah kerana dapat belajar daripada mereka2 yang memang telah lama berpengalaman....

Di bawah beberapa keping gambar yang telah saya shoot ....Mungkin tak banyak saya dapat letakkan disini...dan untuk melihat dengan lebih banyak anda boleh masuk ke flickr saya....

Di harap kawan2 semua dapatlah memberi komen dan kritikan kepada gambar yang telah saya shoot....Nak letak bebanyak sangat tak larat plak server....Hehhehehe






[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net