Want your
own Fotopage?








 
Setiap gambar pasti ada ceritanya.....

By: doubleu kayes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-May-2007 01:15 Email | Share | Bookmark
Sehari Di Jeti Nelayan.....

Di Jeti
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Di harap kawan2 semua dalam keadaaan sihat sejahtera semuanya...Insyallah...Terlebih dahulu saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada kawan2 semua kerana sudi bertandang dan melihat serta meninggalkan komen2 di fotopages ini....

Kali ini gambar yang saya amik adalah di sebuah jeti nelayan yang terletak di Sg. Rengit, Kota Tinggi, Johor....Biarlah saya ceritakan serba sedikit mengenai tempat ini supaya anda tidak tertanya2 di manakah ia...Mungkin juga ada diantara anda yang tidak pernah mengetahuinya....

Ok ...Tempat nie terletak di Selatan Semenanjung Malaysia Bahagian Timur, kalau ikut peta ianya terletak di hujung semenanjung malaysia...Kalau di sebelah barat ialah Pontian tetapi tempat ini terletak di sebelah timur semenanjung selatan....Jaraknya dari Bandaraya Johor Bharu adalah dalam lingkungan 140km iaitu 2 jam perjalanan manakala dari Bandar Kota Tinggi pula jaraknya adalah 74km iaitu 1 jam perjalanan......

Pekan nya tidak besar....Hanya sebuah pekan kecil atau lebih di kenali bandar cowboy...Purata pendapatan/ekonomi penduduk di sini adalah daripada hasil tangkapan ikan dan kegiatan nelayan....Majoriti penduduk disini pula terdiri daripada kaum Cina....Selain itu bandar ini juga terkenal dengan hasil udang kara atau dalam bahasa Inggeris Lobster...Mercu tanda Udang Kara juga ada di letakkan di tengah Pekan ini sebagai tanda kepada pelawat yang melawat di sini...

Boleh di katanya setiap hujung minggu pasti ada yang datang bersama rombongan melawat ke pekan ini terutamanya dari negara jiran iaitu Singapura untuk menikmati hidangan makanan laut yang sememangnya cukup dikenali oleh mereka.....Selain itu xtvt riadah juga seperti berbasikal juga turut di lakukan oleh pelancong yang datang kesini....Mungkin di sebabkan cuaca dan udara yang segar dan kesibukkan jalanraya yang tenang dan kurang.....

Selain itu pekan ini juga di kelilingi oleh laut yang bersih dan cantik ......Amat sesuai untuk menghirup udara yang segar serta mencari ketenangan kepada mereka yang sentiasa sibuk dan selalu terhimpit dengan kesibukkan bandaraya....

Di sini saya bukan menujukkan keseluruhan pekan ini...Hanya gambar2 yang saya rakamkan di Jeti sahaja......Melalui gambar ini mungkin saya dapat berkongsi dan menujukkan kepada anda bagaimana keadaan nya di sana serba sedikit supaya dapat anda membayangkan...Tetapi untuk melihatnya dengan lebih baik mungkin anda datang melawatnya sendiri....

Dibuat sempena Tahun Melawat Malaysia 2007

Wassalam...








Doubleukayes Photography.
2007

P/S: Maaf kalau gambar banyak sangat dan lambat upload....Harap bersabar dan selamat melihat dan mengkritik......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net